New Page 1

 

 

 

Isu PBTUPM dendangan GMM kian rapuh,

anehnya dari mana datangnya dana?

?

 

 

Jika diperhatikan, sehingga tarikh 3 Febuari 2007, Simon Ooi dan gagasannya dar Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMM) kini tidak lagi bergiat secara aktif untuk memaksa mahasiswa menyokong perjuangan mereka untuk mendaftarkan Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBTUPM). Jika tidak, apa yang berlaku adalah kumpulan mahasiswa ini akan membuat roadshow di merata tempat di UPM seumpama adanya lelongan.

 

Semalam, (Jumaat, 2 Febuari 2007) beberapa flyers terbitan GMM kelihatan bersepah-sepahan di Kafe FEP, dan beberapa tempat di pintu keluar-masuk Flat-UPM.

 

Kita amat meyakini, perjuangan mereka untuk mendaftarkan PBTUPM hanyalah retorik semata-mata. Tiada apa yang sensetif. Cuma, bagi pihak Simon Ooi, mereka amat berpuashati dengan apa yang berlaku sepanjang sebulan ini kerana mereka telah dikatakan sebagai BERJAYA menjerat sekumpulan mahasiswa dari PBTUPM agar dapat menyertai gerakan radikal mereka dalam menentang dasar kerajaan.

 

Gerakan ini seharusnya BERJAYA hanya jika dimotivasikan dari individu itu sendiri seperti "Simon Ooi and The Gang". Tidak cukup dengan itu, gerakan seperti ini dikhuatiri telah mendapat suntikan dana bagi merealisasikan agenda mereka.

 

Sila Klik Gambar untuk Membesarkan Imej

 

 

PBTUPM tajaan GMM ini telah membuat banyak aktiviti 'Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)' mereka seperti beriadah, melancong sambil beramal di kawasan banjir di Johor, mengajak mahasiswa menyertai pertandingan Catur Cina, mengadakan kelas bahasa Cina, mencari guru bahasa cina untuk digajikan, dan sebagainya. Banyak poster aktiviti JJCM ini disiarkan di Flat Sri Serdang, lagaknya seperti ada pilihanraya.

 

Mustahil aktiviti JJCM mereka ini tidak melibatkan kos.

 

Maka, dana ini datang dari mana?

 

 

Editor JAMIS UPM,

3 Febuari 2007.

 

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.